Nota: Karangan yang dikemukakan sebagai contoh ini
(semester 1 sidang 2019-2020) disalin sepenuhnya tanpa sebarang
penbetulan/pindaan. Oleh itu, ia masih mengandungi kesalahan khususnya dari
segi tatabahasa (ejaan, imbuhan, penggunaan perkataan, dan struktur ayat dan
frasa).
Soalan 1: Memperkasakan bahasa Melayu tanggungjawab
kita bersama. Bincangkan.
Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan Malaysia. Dalam menongkah arus globalisasi ini, sering meniti dari
bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia tentang keseriusan
keruntuhan Bahasa Melayu seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini
dikatakan begitu kerana fenomena buruk ini kian menggusarkan fikiran pelbagai
pihak terutamanya pihak kerajaaan ibu petiwi kita. Statistik menunjukkan tahap
penggunaan bahasa Melayu sebagai wadah untuk berkomunikasi semakin menurun.
Bukti-bukti yang nyata dan sahih ini telah memberi gambaran tentang manusia
dalam ambang transformasi ini telah melakukan kesalahan dan kealpaan sehingga
keruntuhan bahasa Melayu berlaku. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengorek minda
untuk mencari cara penyelesaian yang paling berkesan demi meminimumkan
keseriusan keruntuhan bahasa Melayu. Biar kita mengambil contoh, saban hari
sama ada dikaca-kaca televisyen, didada-dada akhbar mahupun dicorong-corong
radio pasti ada sahaja isu keruntuhan bahasa Melayu dan cara menyelesaikannya.
Persoalannya, apakah ubat yang paling mujarab dapat mengelakkan isu ini
daripada terus menjadi duri dalam daging dalam dunia kita?
Langkah yang paling signifikan ialah
anjakan paradigma yang patut dilakukan dalam sistem pendidikan kita. Sistem
pendidikan negara kita tidak sepatutnya hanya menunjukkan perhatian terhadap
prestasi kecemerlangan akademik. Daripada perspektif yang berbeza, sistem pendidikan
haruslah mempunyai unsur membaca, menulis dan mendengar. Hal ini dapat membantu
pelajar dalam penguasaan bahasa Melayu. Justeru, mereka akan mula menggunakan
bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan orang lain. Selain itu,sistem
pendidikan juga haruslah dapat meguji tahap penguasaan bahasa Melayupelajar
supaya mereka dapat mengetahui kemampuan mereka. Sistem pendidikan kita juga
perlu memperbanyak penggunaan bahasa Melayu dalam subjek-subjek tahap
persekolahan. Dengan itu, pelajar dapat lebih mengenali keindahan bahasa Melayu
sebagai salah satu bahasa terkenal di dunia. Oleh itu, sudah jelaslah bahawa
perubahan harus dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara kita sebelum nas
sudah menjadi bubur.
Tambahan pula, pihak ibu bapa juga
berperanan penting dalam mengatasi isu keruntuhan bahasa Melayu ini. Ibu bapa
haruslah menjadi teladan baik kepada anak-anak dengan menggunakan bahasa Melayu
dengan lebih banyak. Dengan itu, anak-anak dapat menyedari kepentingan bahasa
Melayu dalam arus globalisasi ini. Anak-anak didibaratkan kain putih, dan ibu
bapalah yang akan mencorakkannya. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menyemai amalan
membaca bahan-bahan bahasa Melayu dalam personaliti anak-anak kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Dengan itu, anak-anak dapat menguasai bahasa
Melayu dengan lebih awal. Ibu bapa juga harus sering membawa anak-anak
berkunjung ke perpustakaan demi melayari bahan-bahan bacaan bahasa Melayu. Hal
ini dapat meningkatkanpenguasaan bahasa Melayu anak-anak selain mengeratkan hubungan
antara satu sama lain. Pendek kata, peranan ibu bapa memang penting dalam
mengatasi kancah ini.
Sementelahan itu, tidak dapat dinafikan
bahawa pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan
masalah tersebut. Tamsilnya, pihak kerajaan harus mengadakan dan memperbanyak
aktiviti berkaitan dengan bahasa Melayu yang sedia ada. Aktiviti seperti
berpidato dalam bahasa Melayu, penulisan esei bahasa Melayu dan
kempenmenigkatkan pengusaan bahasa Melayu dapat menyemai perasaan cinta akan
bahasa Melayu dalam golongan muda. Aktiviti sebegini memang dapat menyumbang
tenaga terhadap peningkatan teknik penggunaan bahasa Melayu. Di samping itu,
pihak kerajaan juga patut memperbanyak bilangan perpustakaan yang sedia ada.
Hal ini demikian kerana perpustakaan merupakan instrumen yang efektif untuk
membantu rakyat kita dalam penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu. Bahan-bahan
bacaan bahasa Melayu perlu ditambah dengan lebih banyak kerana “Membaca
Jambatan Ilmu”. Hanya dengan membaca bahan bacaan bahasa Melayu dengan lebih
kerap, tahap penguasaan bahasa Melayu dapat ditingkatkan dengan berkesan. Sudah
terang lagi bersuluh, peranan pihak kerajaan tidak boleh diabaikan untuk
memperkasakan bahasa Melayu.
Selain itu, pihak media massa juga
memainkan peranan penting dalam mengatasi kemelut keruntuhan bahasa Melayu ini.
Media massa memang merupakan wadah yang baik untuk menyebarkan kepentingan
penguasaan bahasa Melayu. Misalnya, pihak-pihak tertentu perlu memperbanyak
hamparan majalah dan perenggan-perenggan surat khabar yang menggunakan bahasa
Melayu. Melalui cara ini, rakyat dapat menambah ilmu pengetahuan danmempelajari
bahsa Melayu sekali gus. Lama-kelamaan, rakyat kita akan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa untuk berkomunikasi. Pihak media massa juga harus menambah
filem-filem yang berunsur bahasa Melayu dalam televisyen. Tuntasnya, kita tidak
dapat melupakan jasa pihak media massa dalam memperkasa bahasa Melayu.
Akhir kata, usaha lain yang turut patut
diimplementasikan ialah oleh rakyat sendiri. Rakyat juga memainkan peranan
penting dalam memperkasa bahasa Melayu dengan memberi kerjasama kepada pihak
kerajaan. Hal ini demikian kerana tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Rakyat merupakan tulang belakang negara, oleh itu tindakan yang diambil oleh
pihak kerajaan harus disokong padu dan diberi komitmen tinggi supaya tindakan
itu dapat mencapai keputusan yang diimpiankan. Oleh itu, sudah jelaslah bahawa
rakyat berperanan penting dalam berganding bahu dengn pihak-pihak lain demi
memperkasa bahasa Melayu dengan cara yang pragmatis.
Konklusinya, segala faktor yang membawa
kepada keruntuhan bahasa Melayu harus diteliti dan diambil tindakan demi
kebaikan bersama. Oleh itu, semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan
tebing dan mestilah persi dengan peribahasa yang diibaratkan ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni demi memperkasa bahasa Melayu.janganlah kita
membiarkan masalah ini terus bernanah di negara kita. Segala usaha yang diambil
haruslah berterusan lagi istiqamah, dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi
ayam atau melepaskan batok di tangga sahaja. Janganlah sampai sudah terhantuk
baru terngadah, barulah inisistif dirangka untuk menyelesaikan kemelut yang
kian kronik ini. Marilah kita membasmi masalah ini ke akar umbinyademi
melahirkan individu yang cemerlang dalam bahasa Melayu, keluarga yang bahagia
dan negara yang terbilang. Hanya setiap individu ciptaan Tuhan bekerjasama
dapat memperkasa bahasa Melayu kerana ia merupakan tanggungjawab kita bersama.
850 perkataan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan