Halaman

Khamis, 5 Mac 2020

Contoh karangan hujahan


Nota:  Karangan yang dikemukakan sebagai contoh ini (semester 1 sidang 2019-2020) disalin sepenuhnya tanpa sebarang penbetulan/pindaan. Oleh itu, ia masih mengandungi kesalahan khususnya dari segi tatabahasa (ejaan, imbuhan, penggunaan perkataan, dan struktur ayat dan frasa).

Soalan 6: Teknologi yang semakin canggih semakin memudaratkan manusia. Hujahkan.

       Teknologi ialah apa-apa objek, peralatan dan kaedah yang berfungsi untuk memudahkan kerja manusia. Skop teknologi amatlah luas dan bukan hanya tertumpu kepada mesin atau peralatan elektronik sahaja. Pada era globalisasi ini, arus perkembangan teknologi bergerak dengan sangat pantas. Persoalannya, adakah teknologi yang semakin canggih memudaratkan manusia? Saya membangkang sepenuhnya terhadap pernyataan ini atas beberapa sebab.
        Hujah saya yang pertama ialah teknologi menjimatkan masa. ‘Masa itu emas’ bukan lagi menjadi kata-kata asing dalam masyarakat kini. Kata-kata ini menekankan ketinggian nilai masa berbanding wang ringgit. Oleh yang demikian, teknologi dicipta dengan tujuan utama untuk meningkatkan sesuatu proses atau kerja harian manusia. Contohnya, bagi seorang petani, mesin membajak digunakan untuk membajak tanah dengan lebih cepat berbanding menggunakan cangkul. Dalam erti kata lain, teknologi meningkatkan produktiviti manusia dalam kehidupan harian.
        Selain itu, teknologi meningkatkan taraf kesihatan manusia. Jika kita meneliti sejarah perkembangan manusia, taraf kesihatan manusia pada zaman dahulu amatlah teruk. Kanak-kanak seawal umur 10 tahun boleh matihanya disebabkan penyakit kecil seperti demam campak. Tetapi dengan perkembangan teknologi kesihatan dan farmasi, manusia telah berjaya mencipta vaksin yang membuatkan kanak-kanak imun kepada demam campak. Situasi ini membuktikan bahawa teknologi meningkatkan taraf kesihatan manusia.
        Seterusnya, teknologi juga menyumbang dalam aspek pelajaran. Seperti yang kita dapat lihat di majoriti institut pelajaran kini, bilik-bilik darjah dan dewan-dewan telah dilengkapi projektor. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan komputer dan dipaparkan di skrin. Kaedah ini mewujudkan suasana pembelajaran baharu kepada pelajar kerana proses pembelajaran tidak tertumpu kepada buku. Teknik baharu ini berjaya menambah minat minat pelajar untuk datang ke sekolah.
        Perkembangan teknologi turut memberi kesan kepada ekonomi negara. Seperti yang telah diterangkan, teknologi meningkatkan produktiviti manusia. Proses-proses perkilangan dan jual beli yang semakin pantas mampu menjana pendapatan negara secara mendadak. Perkara ini dapat kita lihat dengan lebih jelas melalui pembangunan yang semakin rancak kini. Secara tidak langsung, situasi ini mewujudkan jutaan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor seiring dengan peningkatan bilangan penduduk dunia.
        Akhir sekali, teknologi menjamin keselamatan manusia. Di samping perkembangan teknologi awam, teknologi pengawasan dan ketenteraan turutberkembang pesat. Contoh yang paling ringkas adalh penggunaan kamera berlitar tertutup atatu CCTV. Kini, CCTV bukan sahaja dipasang di pejabat-pejabat malah di kawasan sekolah. CCTV berfungsi untuk mengawasi titik-titik buta di kawasan tersebut. Dengan teknologi itu, manusia akan berasa lebih takut untuk melakukan jenayah. Justeru, kes-kes jenayah dapt dikurangkan dan keselamatan masyarakat terjamin.
        Berdasarkan hujah-hujah di atas, sekali lagi saya membangkang pernyataan teknologi memudaratkan manusia. Perkembangan teknologi bukanlah perkara yang perlu digeruni. Tetapi tidak dapat dielakkan kerana fitrah manusia takut dengan perkara yang tidak difahami. Oleh itu,setiap individu perlulah mengkaji teknologi dengan lebih mendalam supaya dapat memahami kuasa serta manfaat yang terkandung di dalamnya.

440 perkataan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan