Nota:
Karangan yang dikemukakan sebagai contoh ini (semester 1 sidang
2019-2020) disalin sepenuhnya tanpa sebarang penbetulan/pindaan. Oleh itu, ia
masih mengandungi kesalahan khususnya dari segi tatabahasa (ejaan, imbuhan,
penggunaan perkataan, dan struktur ayat dan frasa).
Soalan 6: Teknologi yang semakin
canggih semakin memudaratkan manusia. Hujahkan.
Rentak keasyikan rakyat Malaysia mengejar kemodenan pada alaf ini
semakin hari semakin rancak. Namun begitu, dalam keghairahan kita bersaing di
persada dunia untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju,
polemik berkaitan dengan teknologi canggih telah meniti dari bibir ke bibir
dalam masyarakat. Persoalannya, adakah teknologi yang semakin canggih semakin
memudaratkan manusia? Pada pendapat saya, teknologi yang semakin canggih
sememamgnya banyak memberikan keburukan kepada manusia.
Pada ijtihad saya, teknologi yang
semakin canggih dalam bidang automasi dan kepintaran buatan akan menyebabkan
orang ramai sukar mencari rezeki. Kebanyakan skop pekerjaan telah diambil alih
oleh robot-robot yang mengaplikasikan teknologi kepintaran buatan. Robot-robot
tersebut mampu menghasilkan sesuatu produk lebih efisien kerana ia boleh bekerja
selama 24 jam sehari tanpa berehat. Lagipun, melalui teknologi kepintaran
buatan, robot tersebut mampu belajar dari kesalahannya dan tidak mengukangi
kesilapan tersebut. Sebagai contoh, terdapat kilang yang beroperasi dengan hampir
tiada tenaga buruh kerana kebanyakan proses kilang itu telah dikawal oleh robot
automasi ini. Sekiranya keadaan ini berterusan, kebanyakan pekerjaan akan
lenyap lalu meningkatkan kadar pengangguran terutama dalam kalangan rakyat yang
kurang berdaya saing. Impaknya, manusia sukar mencari rezeki untuk menyara
kehidupan.
Disingkap dari perspektif
yang lain pula, teknologi persenjataan yang semakin canggih akan mengancam
keselamatan manusia. Terdapat negara-negara maju seperti Korea Utara dan Rusia
yang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor persenjataan.
Pelbagai senjata nuklear dan senjata biologi yang berkuasa pemusnahan tinggi
telah dihasilkan oleh negara-negara tersebut, kesannya, keselamatan negara lain
akan terancam sebagai akibat takut diserang negara maju tersebut. Keadaan ini
sememangnya akan menyebabkan manusia tidak dapat hidup dalam ketenteraman dan
keamanan kerana senjata canggih tersebut berkemampuan melenyapkan sesebuah
negara dalam sekelip mata.
Seandainya diselami secara mendalam,
teknologi yang semakin canggih turut mengakibatkan sifat negatif seperti
kemalasan berakar umbi dalam sanubari manusia. Hal ini demikian kerana
kebanyakan kerja rumah dapat disipakan melalui penggunaan mesin-mesin sebagai
lantaran teknologi semakin canggih. Misalnya, kerja-kerja mencuci pakaian telah
diambil alih oleh mesin basuh. Mesin menyapu dan mengemop lantai turut diwujudkan
untik meringankan beban suri rumah. Situasi ini kelihatan amat bermaslahat
terhadap manusia tetapi ia memudaratkan manusia apbila manusia terlalu
bergantung pada teknologi sebegini. Manusia akan dihantui syaitan kemalasan
jikalau semua kerja mereka diambil alih oleh teknologi canggih.
Sehubungan dengan itu, selaras dengan
kecanggihan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, kebanyakan manusia
mengabaikan anak-anak mereka kerana terjerumus dalam alam maya yang indah.
Dalam era yang moden ini, kebanyakan ibu bapa yang muda meluangkan masa yang
lebih banyak dalam penggunaan telefon bimbit dan komputer riba berbanding masa
yang digunakan untuk menemani anak-anak mereka. Anak-anak ini diabaratkan
sehelai kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya, ibu bapa
seyogianyalebih prihatin terhadap anak mereka supaya anak mereka tidak terasa
dipinggirkan. Pada masa yang sama, ia turut mampu mengurangkan pengaruh negatif
atas anak-anak mereka. Keadaan ini saling tidak tumpah seperti sambil menyelam
minum air.
Di samping itu, kecanggihan dalam
teknologi maklumat dan komunikasi turut membolehkan manusia mengakses
maklumat-maklumat dan video-video yang berpengaruh negatif. Sebagai contoh,
dengan melayari internet, orang ramai dapat mengakses laman-laman sesawang yang
memaparkan video-video lucah dan gambar-gambar yang menerapkan unsur keganasan.
Apabila kebebasan sebegini, manusia akan mudah terpengaruhi olehnya lalu melakukan
perkara yang sasalah di sisi undang-undang. Keadaan ini sememangnya akan
memusnahkan kehidupan seseorang sekiranya dia tidak mempunyai keimanan yang
teguh.
Natijahnya, teknologi yang semakin
canggih semakin memudaratkan. Memang tidak dapat dinafikan kecanggihan
teknologi mendatangkan keburukan yang ketara kepada manusia. Bak kata pepatah
‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’, sekiranya semua pihak bertekad dan
bernekad untuk mengurangkan impak negatif yang timbul daripada kecanggihan teknologi,
nescaya kita akan berjaya.
580 perkataan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan