Halaman

Khamis, 5 Mac 2020

Contoh karangan hujahan

Nota:  Karangan yang dikemukakan sebagai contoh ini (semester 1 sidang 2019-2020) disalin sepenuhnya tanpa sebarang penbetulan/pindaan. Oleh itu, ia masih mengandungi kesalahan khususnya dari segi tatabahasa (ejaan, imbuhan, penggunaan perkataan, dan struktur ayat dan frasa).

Soalan 6: Teknologi yang semakin canggih semakin memudaratkan manusia. Hujahkan.

        Pada masa ini, teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan sesebuah tamadun bangsa. Hal ini berlaku rentetan daripada perkembangan yang begitu pesat berlaku di seluruh dunia. Kebergantungan manusia terhadap teknologi telah membimbangkan sesetengah pihak kerana mereka berpendapat bahawa teknologi yang semakin canggih semakin memudaratkan manusia. Perkara ini mungkin benar sekiranya dinyatakan pada sepuluh tahun tahun yang lalu semasa teknologi yang dipasarkan masih belum matang. Pada pendapat saya, pernyataan ini sudah tidak relevan kerana pelbagai syarikat telah menghabiskan dana dan tenaga kerja mereka untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan teknologi terdahulu selain mencipta teknologi baru. Antara aspek-aspek yang mempengaruhi kehidupan manusia ialah kesihatan, kecergasan dan pemikiran.
        Teknologi memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan manusia sentiasa terjamin. Dalam industri perubatan, pelbagai jenis teknologi yang canggih digunakan setiap hari untuk merawat dan menyelia pesakit. Sebagai contoh, sinar-x dan kamera sering digunakan oleh doktor untuk memeriksa masalah yang dihadapi oleh pesakit tanpa perlu menjalankan sebarang pembedahan. Selain itu, industri penghasilan ubat juga memanfaatkan penggunaan teknologi dalam penghasilan produk mereka. Hal ini dapat memastikan ubat-ubatan yang dihasilkan menepati spesifikasi tertentu sama ada dari segi kebersihan ataupun dos yang dihasilkan. Selain itu, kualiti pembuatan antibiotik juga dapat ditingkatkan kerana kultur dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan sihat.
        Seterusnya, alam sekitar juga berfungsi sebagai tanda ukur kepada kesihatan kita. Oleh itu, pada masa ini, pelbagai jenis teknologi baru telah dibangunkan untuk memastikan alam sekitar kita sentiasa terjamin. Selain itu, masyarakt pada masa ini juga sedar bahawa mereka memainkan peranan yang penting untuk memelihara alam sekitar. Oleh sebab itu, terdapat banyak syarikat automotif telah melancarkan kereta elektrik dengan harga mampu milik sejak belakangan ini. Walaupun perkara ini masih belum berlaku di negara kita, sekiranya kita tatal di media-media sosial. Kita dapat ihat bahawa ramai masyarakat luar negara telahpun menggunakan kenderaan elektrik disebabkan kosnya yang rendah.
        Selain aspek kesihatan, teknologi kini juga telah menambahkan kualiti hidup manusia dari sudut kecergasan. Sudah tidak dapat dinafikan bahawa sikap malas bersenam merupakan punca utama yang mendorong kita menjadi tidak cergas. Untuk mengatasi masalah ini, terdapat banyak teknologi telahpun dihasilkan untuk menarik minat kita untuk bersenam. Contohnya, pengguna boleh menggunakan jam penjejak kecergasan atau aplikasi penjejak kecergasan untuk merekod sebanyak mana kalori yang telah dibakar selepas melakukan sebarang aktiviti cergas. Selain itu, terdapat banyak syarikat contohnya HTC, Oculus dan Steam, sebelum ini telah memasarkan peranti realiti maya mereka kepada pengguna. Walaubagaimanapun, perkara ini sebelum ini kurang mendapat sambutan disebabkan kosnya yang tinggi. Pada masa ini, terdapat beberapa peranti seperti Oculus Quest dan Window Mixed Reality telah dilancarkan dengan harga yang mampu milik. Hal ini dapat menarik minat penggemar permainan video untuk mencuba permainan realiti maya yang membolehkan mereka untuk bersenam semasa bermain permainan video.
        Seterusnya, tahap intelektual masyarakat juga telah meningkat disebabkan oleh perkembangan teknologi. Perkongsian ilmu melalui internet membolehkan sesiapa sahaja untuk belajar ilmu baru tanpa perlu berhijrah ke tempat yang jauh ataupun menghabiskan duit membeli buku secara fizikal. Selain itu, tenaga pengajar di semua institutjuga telah memanfaatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka contohnya dengan menggunakan layar ataupun melalui laman sosial. Di samping itu, perkembangan teknologi juga telah mendorong manusia untuk berfikir di luar kotak kerana mereka tidak terpengaruh oleh sesuatu perkara yang kecil sahaja.
        Kesimpulannya, teknologi yang canggih sememamgnya membantu kita dalam pelbagai aspek contohnya kesihatan, kecergasan dan pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran yang menyatakan bahawa teknologi dapat memudaratkan manusia perlulah dinilai semula kerana teknologi kini dapat menjadi perkara yang amat berguna kepada kita sekiranya digunakan dengan betul dan beretika.

570 perkataan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan