Halaman

Isnin, 19 Oktober 2020

Penterjemahan

 Definisi Penterjemahan


Proses pemindahan maklumat dari bahasa sumber/asal ke bahasa sasaran/penerima dengan mengekalkan makna, struktur dan gaya. Dalam konteks kursus LKM003, bahasa sumber ialah bahasa Inggeris (BI) manakala bahasa sasaran ialah bahasa Malaysia (BM). Hasil proses ini ialah terjemahan.

 

Yang paling penting dikekalkan ialah makna maklumat (teks). Keseluruhan makna teks hendaklah dikekalkan dengan beberapa pengecualian. Struktur juga hendaklah dikekalkan khususnya struktur karangan dan perenggan. Oleh sebab wujud perbezaan antara struktur ayat BI dengan struktur ayat BM, pengekalan struktur ayat tidak dapat dipertahankan. Begitu juga halnya dengan struktur frasa (big house-rumah besar). Aspek gaya, misalnya penggunaan peribahasa dan metafora, juga perlu dikekalkan.

Jenis Terjemahan

 

Pada umumnya, terdapat tiga jenis terjemahan iaitu kata demi kata, harfiah dan bebas. Kesesuaian jenis terjemahan bergantung pada golongan bahasa sumber dan bahasa sasaran. Misalnya, bagi bahasa sumber yang struktur ayatnya sama dengan struktur ayat bahasa sasaran, terjemahan jenis kata demi kata sesuai digunakan. Contohnya ialah bahasa Arab (bahasa sumber) dengan bahasa Malaysia (bahasa sasaran).

 

Yang berikut ialah penjelasan jenis-jenis terjemahan. Huraian dibuat berdasarkan cadangan bahawa bahasa sumber ialah BI manakala bahasa sasaran ialah BM. Ingatlah bahawa struktur frasa dan struktur ayat kedua-dua bahasa adalah berbeza.

a) Kata Demi Kata

Penterjemahan dibuat dengan mengikut susunan perkataan bahasa sumber tanpa menghiraukan perbezaan struktur bahasa, khususnya struktur ayat, bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Kaedah penterjemahan ini tidak baik kerana ia cenderung untuk melanggar tatabahasa bahasa sasaran dan mungkin lari daripada makna sebenar.

Contoh terjemahan kata demi kata adalah seperti yang berikut:

Teks asal (Terjemahan kata demi kata)

1. Ladies and gentlemen. (Puan-puan dan tuan-tuan.)

2. She is a USM lecturer. (Dia ialah seorang pensyarah USM.)

3. It takes a village to educate a child. (Ia mengambil/memerlukan sebuah kampung untuk mendidik seorang anak.)

4. There is a crocodile in the river. (Di sana ialah seekor buaya di dalam sungai itu.)

Analisis kesalahan/kelemahan:

Terjemahan (1) tidak mengambil kira budaya orang Melayu yang lebih mengutamakan orang lelaki. Terjemahan yang sepatutnya ialah ”Tuan-tuan dan puan-puan” kerana orang Melayu/Malaysia lebih mengutamakan orang lelaki. Terjemahan (2), (3) dan (4) meniru bulat-bulat struktur ayat bahasa Inggeris. Struktur seperti ini tidak terdapat dalam BM.


b) Harfiah

Penterjemahan dibuat berdasarkan maksud sesuatu perkataan semata-mata tanpa menghiraukan makna perkataan itu dalam konteks budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik penutur bahasa sumber. Kaedah penterjemahan ini juga tidak baik kerana ia mungkin menghasilkan terjemahan yang maknanya berbeza daripada makna sebenar. Ia juga mungkin menyinggung perasaan pembaca/khalayak bahasa sasaran.

Contoh terjemahan harfiah adalah seperti yang berikut:


Teks asal (Terjemahan harfiah)

1. Thank you. (Syukur kamu.)

2. Ladies and gentlemen. (Laki-laki dan wanita-wanita yang budiman.)

3. Unsung heroes (Wira-wira yang tidak didendangkan)

4. He is a rat. (Dia tikus.)

5. Light blue (Biru terang)

6. Israel’s government (kerajaan Israel)

7. Hamas terrorists (pengganas-pengganas Hamas)

8. I love you, mum. (Saya sayang awak, ibu.)

9. ["dialog kartun Jepun"] (”Wah, daging babi ini sungguh lazat!”)

Analisis kesalahan/kelemahan:

Terjemahan (1), iaitu “syukur kamu”, tidak pernah digunakan oleh masyarakat Melayu ketika menzahirkan penghargaan terhadap orang yang berbuat baik kepada mereka. Terjemahan (2) dan (3) tidak menurut cara pengucapan orang Melayu. Terjemahan (4) menyalahi makna kerana “tikus” dalam bahasa Melayu melambangkan sikap penakut, sedangkan “tikus” (rat) dalam bahasa Inggeris melambangkan kehinaan dari segi kedudukan dalam masyarakat. Terjemahan (5) salah. Yang sepatutnya ialah “biru muda”. Terjemahan (6) dan (7) tidak mengendahkan fahaman politik / pegangan agama masyarakat Melayu/Malaysia yang tidak mengiktiraf kewujudan negara/kerajaan Israel dan menganggap orang-orang Yahudi menduduki secara haram wilayah Palestin. Oleh itu, pada pandangan masyarakat Melayu/Malaysia “kerajaan Israel” tidak wujud, dan orang-orang yang menentang pihak yang menduduki secara haram wilayah mereka (Palestin/Hamas) tidak boleh dianggap “pengganas”.

Terjemahan (8) dan (9) tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat Melayu yang menganggap penggunaan kata ganti diri “awak” terhadap ibu mereka (8) adalah biadap, sementara “daging babi” (9) pula adalah haram dan dianggap jijik oleh masyarakat Melayu. Oleh itu, kata ganti diri “awak” tidak seharusnya digunakan terhadap “ibu”. Masyarakat Melayu tentu tidak dapat menerima penyataan bahawa “daging babi” yang haram dan jijik itu “lazat”.

c) Bebas

Penterjemahan dilakukan tanpa terikat dengan budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik pengarang asal. Ia juga tidak terikat dengan struktur frasa dan ayat bahasa sumber (tetapi ia terikat dengan struktur frasa dan ayat bahasa sasaran).

Contoh terjemahan bebas (dan betul) adalah seperti yang berikut:


Teks asal (Terjemahan bebas)

1. Thank you. (Terima kasih.)

2. Ladies and gentlemen. (Tuan-tuan dan puan-puan.)

3. Unsung heroes (Wira-wira yang dilupakan)

4. He is a rat. (Dia kucing/anjing kurap.)

5. Light blue (Biru muda)

6. Israel’s government (Rejim Israel)

7. Hamas terrorists (Pejuang-pejuang Hamas)

8. I love you, mum. (Saya sayang ibu.)

9. ["dialog kartun Jepun"] (”Wah, masakan ini sungguh lazat!”)

10. She is a USM lecturer. (Dia pensyarah USM.)

11. It takes a village to educate a child. (Kerjasama seluruh ahli masyarakat diperlukan untuk mendidik seorang anak.)

12. There is a crocodile in the river. (Ada seekor buaya di dalam sungai itu.)

Selain perkara-perkara yang telah dijelaskan, ada aspek lain yang perlu dipertimbangkan dalam penterjemahan. Aspek tersebut ialah pengetahuan pembaca/khalayak sasaran mengenai sesuatu perkara. Misalnya, terjemahan “sebuah pekan kecil di utara Lille” tentulah tidak memberikan apa-apa pengertian kepada pembaca di Malaysia kerana mereka tidak mengetahui kedudukan “Lille”. Sekiranya maklumat ini tidak perlu diketahui oleh pembaca, ia boleh dibuang sahaja.

Sebaliknya, jika maklumat kedudukan “pekan kecil itu” dan “Lille” perlu diketahui, penterjemah perlu memberikan maklumat tambahan / mengubah suai maklumat. Misalnya, maklumat “sebuah pekan kecil di utara Perancis” lebih dimengerti oleh pembaca di Malaysia.

Sebaliknya, maklumat “Alor Setar yang terletak di utara semenanjung” tentulah tidak perlu bagi khalayak/pembaca Malaysia kerana mereka memang mengetahui kedudukan bandar raya itu. Oleh itu, maklumat kedudukan bandar raya berkenaan tidak perlu ada dalam terjemahan.


Istilah lain yang ada kaitan dengan penterjemahan

Transliterasi

Dibuat dengan meminda perkataan, khususnya istilah, dengan cara mengubah sedikit ejaan /sebutan tetapi tetap mengekalkan perkataan/istilah berkenaan mengikut bahasa sumbernya. Contoh:

Idealogy – Idealogi
University – Universiti
Melamine – melamin

Carbon monoxide – Karbon monoksida

Adaptasi

Dibuat dengan meniru karya asal dengan cara mengambil cerita dasarnya (plot) sahaja. Nama-nama watak, latar tempat, latar masa dan latar budaya menggunakan unsur tempatan. Contohnya, “Bawang Puteh Bawang Merah” diadaptasi daripada “Cinderella”.


Kesimpulan

Dalam penterjemahan, tidak semestinya maklumat dari bahasa asal dipindahkan 100 peratus ke bahasa sasaran. Maklumat boleh dipinda, ditambah atau dikurangkan. Dengan kata lain, seseorang penterjemah tidak melakukan kerja penterjemahan semata-mata. Beliau seharusnya melakukan juga tugas pengeditan. Dalam hal ini, seseorang penterjemah perlu mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

1) Perbezaan struktur bahasa (frasa & ayat) bahasa asal dengan bahasa sasaran.
2) Perbezaan budaya, pegangan agama, sudut pandangan, fahaman politik
pengarang asal dengan pembaca/khalayak bahasa sasaran.
3) Tahap pengetahuan pembaca/khalayak sasaran.

Isnin, 4 Mei 2020

Rujukan pantas kesalahan tatabahasa dan pembetulannya



Jenis Kesalahan
SALAH
BETUL
Kata sendi nama “di”












Penggunaan kata soal dalam ayat penyata

Kata “berbagai”

Penggandaan kata

Penggunaan kata “kini”

Penggunaan frasa



Gandingan “ia” & “nya”

Penggunaan 2 kata sendi


Lewah (membazir)


Penggabungan klausa tidak lengkap

“ini” + predikat FK

“adalah” + predikat FN











“bagi” + FK

Transliterasi kata BI

Ejaan



Imbuhan meN+



Imbuhan +an (pada KK)

Imbuhan +kan (pada KN)

Struktur pasif umum

Struktur pasif (GN1 & GN2)


Gandingan imbuhan per+ dan +kan


KKT + KSN



Objek “memberi”


Subjek “diberi”


Ejaan nama am / khas

Ejaan kata majmuk berimbuhan


Kata sendi


Kata “mulai”

Kedudukan subjek rujukan “pelajar” (“kita” dsb)
di kalangan

di dalam hal/masalah /perkara…

di antara punca /faktor /langkah …

di antara punca-punca /faktor-faktor …

di atas kepercayaan /keprihatinan 

di masa, di era, di zaman, di hari 


di manayang mana, apa, bagaimanabi­la …


berbagai

berbagai acara-acara /langkah-langkah …

pada masa kini


“akibat daripada”
“ekoran daripada”
“kesan daripada”
“hasil daripada”

ianya


selain daripada ,  oleh kerana
demi untuk, sejak dari, hingga ke , akan tetapi, salah satu daripada

saling tolong-menolong
 hanya dia sahaja
Justeru itu

 Ini kerana / Hal ini kerana



Ini menyebabkan


Malaysia adalah negara …


antaranya ialah …

antara faktornya ialah …

merupakan

adalah merupakan

berdasarkan kepada/pada

bagi membendung …

organisme, positive, theori
definasi, psykologi, stress

menggembeleng, justru
ibubapa, lebuhraya, usahasama
kerja sama, setia usaha

menganggu, mengalakkan,
mengujudkan, mempastikan,
mengsahkan

menggalakan


penggalakkan


yang kerajaan laksanakan


yang dilaksanakan oleh kami



memperjelaskan, memperkembangkan, diperjelaskan, diperkembangkan


membawa kepada / menyumbang kepada –


memberi galakan (objek tidak bernyawa)

(subjek tidak bernyawa) Galakan diberi

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina

berkuatkuasa
menguat kuasakan
penguat kuasaan
bertanggung jawab

bergantung kepada ...
berbanding dengan ...

Mulai tahun hadapan …

Sebagai pelajar, belajar bersungguh-sungguh ialah kewajipan kita.
dalam kalangan

dalam hal/masalah/perkara …

antara punca/faktor/langkah …

antara punca/faktor …


atas kepercayaan/keprihatinan …

pada masa, pada era, pada zaman, pada hari …

(gugurkan / ganti dengan perkataan yang sesuai)


pelbagai

pelbagai acara/langkah …


kini / pada masa ini


“sebagai akibat”
“sebagai ekoran”
“sebagai kesan”
“sebagai hasil”

ia


selain ,oleh sebab
demi / untuk, sejak , hingga ,
tetapi , salah satu / satu daripada

saling menolong/tolong-menolong
 hanya dia / dia sahaja
 Justeru

 Hal ini demikian kerana



hal ini menyebabkan


Malaysia ialah negara …


antaranya adalah …

antara faktornya adalah …

ialah

ialah

berdasarkan … / berdasar pada

untuk membendung

organisma, positif, teori
definisi, psikologi, stres

menggembleng, justeru
ibu bapa, lebuh raya, usaha sama
kerjasama, setiausaha

mengganggu, menggalakkan,
mewujudkan, memastikan
mengesahkan

menggalakkan


penggalakan


yang dilaksanakan oleh kerajaan


yang kami laksanakan



memperjelas/menjelaskan, memperkembang/mengembangkan, diperjelas/dijelaskankan, diperkembang/dikembangkan

menyebabkan / mencetuskan / mengakibatkan / mewujudkan / mendatangkan

memberikan galakan


Galakan diberikan


bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina

berkuat kuasa
menguatkuasakan
penguatkuasaan
bertanggungjawab

bergantung pada
berbanding …

Bermula pada tahun hadapan

Sebagai pelajarkita/mereka/Ali wajib belajar bersungguh-sungguh.