Halaman

Isnin, 4 Mei 2020

Rujukan pantas kesalahan tatabahasa dan pembetulannya



Jenis Kesalahan
SALAH
BETUL
Kata sendi nama “di”












Penggunaan kata soal dalam ayat penyata

Kata “berbagai”

Penggandaan kata

Penggunaan kata “kini”

Penggunaan frasa



Gandingan “ia” & “nya”

Penggunaan 2 kata sendi


Lewah (membazir)


Penggabungan klausa tidak lengkap

“ini” + predikat FK

“adalah” + predikat FN











“bagi” + FK

Transliterasi kata BI

Ejaan



Imbuhan meN+



Imbuhan +an (pada KK)

Imbuhan +kan (pada KN)

Struktur pasif umum

Struktur pasif (GN1 & GN2)


Gandingan imbuhan per+ dan +kan


KKT + KSN



Objek “memberi”


Subjek “diberi”


Ejaan nama am / khas

Ejaan kata majmuk berimbuhan


Kata sendi


Kata “mulai”

Kedudukan subjek rujukan “pelajar” (“kita” dsb)
di kalangan

di dalam hal/masalah /perkara…

di antara punca /faktor /langkah …

di antara punca-punca /faktor-faktor …

di atas kepercayaan /keprihatinan 

di masa, di era, di zaman, di hari 


di mana, yang mana, apa, bagaimana, bi­la …


berbagai

berbagai acara-acara /langkah-langkah …

pada masa kini


“akibat daripada”
“ekoran daripada”
“kesan daripada”
“hasil daripada”

ianya


selain daripada ,  oleh kerana
demi untuk, sejak dari, hingga ke , akan tetapi, salah satu daripada

saling tolong-menolong
 hanya dia sahaja
Justeru itu

 Ini kerana / Hal ini kerana



Ini menyebabkan


Malaysia adalah negara …


antaranya ialah …

antara faktornya ialah …

merupakan

adalah merupakan

berdasarkan kepada/pada

bagi membendung …

organisme, positive, theori
definasi, psykologi, stress

menggembeleng, justru
ibubapa, lebuhraya, usahasama
kerja sama, setia usaha

menganggu, mengalakkan,
mengujudkan, mempastikan,
mengsahkan

menggalakan


penggalakkan


yang kerajaan laksanakan


yang dilaksanakan oleh kami



memperjelaskan, memperkembangkan, diperjelaskan, diperkembangkan


membawa kepada / menyumbang kepada –


memberi galakan (objek tidak bernyawa)

(subjek tidak bernyawa) Galakan diberi

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina

berkuatkuasa
menguat kuasakan
penguat kuasaan
bertanggung jawab

bergantung kepada ...
berbanding dengan ...

Mulai tahun hadapan …

Sebagai pelajar, belajar bersungguh-sungguh ialah kewajipan kita.
dalam kalangan

dalam hal/masalah/perkara …

antara punca/faktor/langkah …

antara punca/faktor …


atas kepercayaan/keprihatinan …

pada masa, pada era, pada zaman, pada hari …

(gugurkan / ganti dengan perkataan yang sesuai)


pelbagai

pelbagai acara/langkah …


kini / pada masa ini


“sebagai akibat”
“sebagai ekoran”
“sebagai kesan”
“sebagai hasil”

ia


selain ,oleh sebab
demi / untuk, sejak , hingga ,
tetapi , salah satu / satu daripada

saling menolong/tolong-menolong
 hanya dia / dia sahaja
 Justeru

 Hal ini demikian kerana



hal ini menyebabkan


Malaysia ialah negara …


antaranya adalah …

antara faktornya adalah …

ialah

ialah

berdasarkan … / berdasar pada

untuk membendung

organisma, positif, teori
definisi, psikologi, stres

menggembleng, justeru
ibu bapa, lebuh raya, usaha sama
kerjasama, setiausaha

mengganggu, menggalakkan,
mewujudkan, memastikan
mengesahkan

menggalakkan


penggalakan


yang dilaksanakan oleh kerajaan


yang kami laksanakan



memperjelas/menjelaskan, memperkembang/mengembangkan, diperjelas/dijelaskankan, diperkembang/dikembangkan

menyebabkan / mencetuskan / mengakibatkan / mewujudkan / mendatangkan

memberikan galakan


Galakan diberikan


bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina

berkuat kuasa
menguatkuasakan
penguatkuasaan
bertanggungjawab

bergantung pada
berbanding …

Bermula pada tahun hadapan

Sebagai pelajar, kita/mereka/Ali wajib belajar bersungguh-sungguh.



Rabu, 1 April 2020

Ciri-ciri ayat yang baik dan berkesan


Objektif Topik

ü  memahami enam ciri ayat yang baik dan berkesan (pengetahuan, pemahaman)
ü  membina ayat yang baik dan berkesan (aplikasi)

Ciri-ciri ayat yang baik

Pandangan Gory Keraf (1980) dalam buku “Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia” oleh Awang Sariyan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000), ada enam cir ayat yang baik, iaitu:

1.      Fokus (satu idea)
2.      Jitu
3.      Logik
4.      Bervariasi
5.      Sejajar
6.      Berpenekanan  

Nota: Ciri yang akan dibincangkan dalam nota ini empat sahaja (fokus,  logik, bervariasi dan sejajar). Ciri “jitu” tidak dibincangkan kerana ia berkaitan dengan ketepatan tatabahasa yang ada dibincangkan dalam nota bertajuk “Kesalahan Umum Tatabahasa”. Ciri “berpenekanan” tidak dibincangkan kerana ia bukanlah masalah besar dalam kursus ini.

1. Fokus (satu idea)

Satu ayat mengandungi satu idea sahaja. Ciri ini dapat memastikan ayat yang dibina tidak berjela-jela (terlalu panjang) sehingga boleh menjejaskan pemahaman pembaca.

Panduan: Sesuatu ayat seharusnya boleh habis dibaca dalam satu nafas sahaja.
                Sesuatu ayat seharusnya boleh difahami dengan sekali bacaan sahaja.

Contoh ayat yang tidak fokus (mengandungi dua idea):

“Pengaruh Barat yang kuat ialah sebab utama berlakunya
pencemaran budaya dan seterusnya hal ini  akan meracuni
jiwa anak-anak muda yang tidak dapat memahami dan
menghayati erti kemerdekaan negara ini yang sebenarnya.”

Yang betul (jadikan 2 ayat):

“Pengaruh Barat yang kuat ialah sebab utama berlakunya
pencemaran budaya. Seterusnya, hal ini  akan meracuni
jiwa anak-anak muda yang tidak dapat memahami dan
menghayati erti kemerdekaan negara ini.”

2.  Jitu

Ciri ini berkaitan penggunaan bahasa yang menepati rumus tatabahasa atau penerimaan/kebiasaan penggunaan umum (lihat nota “Kesalahan Umum Penggunaan Perkataan”, “Kesalahan Umum Struktur”, “Kesalahan Umum Imbuhan” dan “Kesalahan Umum Ejaan”).

3. Logik

Penghujahan yang baik ialah yang dapat diterima akal yang sihat, bernas dan berpada.

Contoh hujah kurang bernas (dangkal):

“Kita mesti menjaga kebersihan negara ini supaya imej kita
dipandang tinggi oleh negara luar, khususnya negara-negara barat.”

Hujah ini dianggap dangkal/cetek kerana “supaya imej dipandang tinggi” bukanlah tujuan yang utama dan penting “kita menjaga kebersihan negara”, apa lagi jika orang luar itu ialah “negara-negara barat” (bekas penjajah kita).

Hujah bernas:

“Kita mesti menjaga kebersihan negara ini supaya rakyat
dapat hidup dalam suasana sihat dan ceria.”

Contoh hujah berlebih-lebihan (tidak berpada):

“Kita mesti menjaga kebersihan negara ini untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020.”

Hujah ini dianggap berlebih-lebihan kerana “menjaga kebersihan negara” hanyalah satu daripada banyak lagi usaha (beratus-ratus, mungkin beribu-ribu) yang perlu dilaksanakan untuk “mencapai matlamat Wawasan 2020”.

Contoh hujah palsu (tidak bernas):

“Masalah pengangguran negara ini tidak serius kerana
ada negara lain, seperti Bangladesh, yang menghadapi
masalah pengangguran yang lebih serius.”

Hujah ini dianggap palsu (dusta) kerana tahap keseriusan sesuatu masalah tidak diukur dengan cara membandingkan masalah tersebut dengan masalah pihak lain. Hanya kerana ada pihak lain yang masalahnya lebih serius, tidak menjadikan masalah kita tidak serius.

Hujah kukuh (disokong data):

“Masalah pengangguran negara ini tidak serius kerana kadarnya
tidak pernah melebihi lima peratus sejak 10 tahun lalu.”


4. Bervariasi

a) Peringkat perkataan

Bervariasi bermaksud menggunakan perkataan yang sinonim (berbeza tetapi sama makna) atau berujukan sepunya (perkataan berbeza tetapi maksud/rujukannya sama). Tegasnya, jangan mengulangi perkataan yang sama sahaja dalam satu ayat, satu perenggan atau sebuah karangan. Misalnya, janganlah gunakan perkataan “faktor” sahaja dalam seluruh karangan. Manfaatkanlah perkataan yang bersinonim atau yang mempunyai rujukan sepunya. Misaalnya, sinonim bagi “faktor” ialah “sebab” dan “punca”. Rujukan sepunya bagi “Malaysia” ialah “negara ini”, “negara kita”, “negara yang sedang pesat membangun” dan sebagainya.

Contoh penggunaan perkataan yang tidak bervariasi:

“Satu sebab yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ialah …”

b) Peringkat ayat

Penggunaan pelbagai pola dan jenis ayat.


5. Sejajar

Penggunaan unsur yang sama (misalnya jenis frasa) dalam sesuatu ayat.

Contoh ayat tidak sejajar:

“Kegiatan pembinaan bahasa perlu diimbangi dengan
pengembangan bahan-bahan bahasa, penilaian terhadap
hasil pembinaan tersebut dan melakukan perubahan
strategi yang wajar.”

Ayat ini tidak sejajar kerana wujudnya pencampuran jenis frasa (dua frasa nama iaitu “pengembangan bahan-bahan bahasa” dan “penilaian terhadap hasil pembinaan tersebut”, dan satu frasa kerja iaitu “melakukan perubahan strategi yang wajar”).

Ayat Sejajar:

            “Kegiatan pembinaan bahasa perlu diimbangi dengan
             pengembangan bahan-bahan bahasa, penilaian terhadap hasil
             pembinaan tersebut dan perubahan strategi yang wajar.”

Ayat ini sejajar kerana ketiga-tiga frasa (“pengembangan bahan-bahan bahasa”, “penilaian terhadap hasil pembinaan tersebut” dan “perubahan strategi yang wajar”) adalah frasa nama.

Atau:

“Kegiatan pembinaan bahasa perlu diimbangi dengan
mengembangkan bahan-bahan bahasa, menilai hasil
pembinaan tersebut dan melakukan perubahan strategi yang wajar.”

Ayat ini juga sejajar kerana ketiga-tiga frasa (“mengembangkan bahan-bahan bahasa”, “menilai hasil pembinaan tersebut” dan “melakukan perubahan strategi yang wajar”) adalah frasa kerja.

Nota: Sebahagian besar contoh ayat yang dikemukakan adalah dari data sebenar (karangan pelajar kursus LKM400).