Halaman

Ahad, 24 November 2019

Jenis kesalahan tatabahasa dan pembetulannya


Jenis kesalahan tatabahasa dan pembetulannya

Jenis Kesalahan
SALAH
BETUL
Kata sendi nama “di”

















Penggunaan kata soal dalam ayat penyata

Kata “berbagai”

Pengganda-an kata


Penggunaan kata “kini”

Penggunaan frasa




Gandingan “ia” & “nya”



Penggunaan 2 kata sendi





Lewah (membazir)






Penggabu-ngan klausa tidak lengkap


“ini” + predikat FK


“adalah” + predikat FN














“bagi” + FK



Transliterasi kata BI



Ejaan


Imbuhan meN+



Imbuhan +an (pada KK)

Imbuhan +kan (pada KN)

Struktur pasif umum


Struktur pasif (GN1 & GN2)


Gandingan imbuhan per+ dan +kan





KKT + KSN




Objek “memberi”


Subjek “diberi”




Ejaan nama am / khas


Ejaan kata majmuk





Kata sendi




Kata “mulai”


Kedudukan subjek rujukan “pelajar” (“kita” dsb)
di kalangan

di dalam hal/masalah /perkara…

di antara punca /faktor /langkah …

di antara punca-punca /faktor-faktor …

di atas kepercayaan /keprihatinan …

di masa, di era, di zaman, dihari …


di manayang manaapa,bagaimanabi­la …



berbagai


berbagai acara-acara /langkah-langkah …


pada masa kini


“akibat daripada” ,        “ekoran daripada”,
“kesan daripada”,
“hasil daripada”



ianya



selain daripada ,                 oleh kerana
demi untuk, sejak dari, hingga ke , akan tetapi
salah satu daripada


saling tolong-menolong


hanya dia sahaja

Justeru itu


Ini kerana / hal ini kerana




Ini menyebabkan



Malaysia adalah negara …


antaranya ialah …

antara faktornya ialah …

merupakan

adalah merupakan

berdasarkan kepada/pada



bagi membendung …



organisme, positive,

psykologi, stress



menggembeleng, justru


menganggu, mengalakkan,
mengujudkan, mempastikan,
mengsahkan


menggalakan


penggalakkan



yang kerajaan laksanakan



yang dilaksanakan oleh kami



memperjelaskan, memperkembangkan, diperjelaskan, diperkembangkan



membawa kepada / menyumbang kepada –



memberi kesan (objek tidak bernyawa)


(subjek tidak bernyawa) Kesan diberi




Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina


berkuatkuasa
menguat kuasakan
penguat kuasaan

bertanggung jawab


bergantung kepada ...

berbanding dengan ...


Mulai tahun hadapan …


Sebagai pelajar, belajar bersungguh-sungguh ialah kewajipan kita.
dalam kalangan

dalam hal/masalah/perkara …


antara punca/faktor/langkah …


antara punca/faktor …


atas kepercayaan/keprihatinan …

pada masa, pada era, pada zaman, pada hari …


(gugurkan / ganti dengan perkataan yang sesuai)


pelbagai



pelbagai acara/langkah …



kini / pada masa ini


“sebagai akibat” ,                  “sebagai ekoran”,
“sebagai kesan”,
“sebagai hasil”



ia



selain
oleh sebab
demi / untuk, sejak,                  hingga, tetapi
salah satu / satu daripada


saling menolong/tolong-menolong

hanya dia / dia sahaja

justeru


hal ini demikian kerana




hal ini menyebabkan



Malaysia ialah negara …


antaranya adalah …

antara faktornya adalah …

ialah

ialah

berdasarkan … / berdasar pada


untuk membendung



organisma, positif,

psikologi, stres



menggembleng, justeru


mengganggu, menggalakkan,
mewujudkan, memastikan
mengesahkan


menggalakkan


penggalakan



yang dilaksanakan oleh kerajaan


yang kami laksanakan



memperjelas/menjelaskan, memperkembang/mengembangkan, diperjelas/dijelaskankan, diperkembang/dikembangkan


menyebabkan / mencetuskan / mengakibatkan / mewujudkan / mendatangkan


memberikan kesan



Kesan diberikan





bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina


berkuat kuasa
menguatkuasakan
penguatkuasaan

bertanggungjawab


bergantung pada

berbanding …


Bermula pada tahun hadapan


Sebagai pelajarkita/mereka/Ali wajib belajar bersungguh-sungguh.





Selasa, 19 Mac 2019

Soalan membetulkan ayat


Arahan: Betulkan ayat-ayat yang berikut dari segi ejaan, imbuhan, dan binaan frasa dan ayat.

1.      Ini jelas menunjukkan kepada masyarakat bagaimana hiburan merupakan salah satu daripada faktor dalam keruntuhan akhlak para remaja-remaja kini seperti mana yang disampaikan oleh media massa. 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


2.      Secara etimologinya, perkataan atheism berasal daripada perkataan Greek “atheos” iaitu “a” bermaksud tanpa dan “theos” bermaksud tuhan-tuhan. Lawan bagi atheism adalah theism iaitu fahaman yang mempercayai dan mengimani akan wujudnya tuhan. Sama ada Atheism atau Theism, kedua-duanya adalah doktrin atau fahaman, bukan agama.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
  
3.      Oleh kerana merokok adalah salah satu daripada faktor yang menyebabkan penyakit barah dan mengikut statistik, didapati bahawa bilangan perokok adalah bertambah daripada semasa ke semasa, tindakan segera bagi membendungkan tabiat ini perlu diambilkan oleh pihak yang bertanggung-jawab.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

4.      Selain daripada ucapan ringkas berkenaan dengan projek penebatan banjir di sungai krian yang disampaikan oleh pengerusi jawatan kuasa pertubuhan penduduk kampung, beberapa orang wakil kontrektor turut menyampaikan taklimat tentang fasa-fasa perlaksanaan projek tersebut di majlis ramah-mesra itu.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

  
5.      Kaedah effektif untuk menguruskan alam sekitar adalah dengan mengekalkan kawasan hutan hujan sebagai habitat semulajadi haiwan dan menghentikan kegiatan pembalakkan dan penyah-hutanan untuk pembangunan.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


6.      Program itu juga diharap dapat mempertingkatkan dan memperluaskan ilmu pengetahuan anggota-anggota masyarakat bagi lebih berusaha kearah permantapan ibadah yang menjurus kepada memperkukuhkan iman.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 7.      Ini terjadi akibat daripada tindakan manusia yang sering mengejarkan kekayaan tanpa memikirkan tentang nasib yang bakal menimpa ke atas alam sekitar. Ini dapat dilihat oleh kita dengan berlakunya pembalakkan yang luas di beberapa kawasan-kawasan pendalaman di beberapa buah negeri.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


8.      Pada masa kini, situasi Bahasa Melayu berada di tahap yang amat membimbangkan sekali. Di dalam perhubungan resmi atau tidak resmi, samada di kalangan elit atau orang awam, terjadi percakapan di dalam Bahasa Melayu yang bercampur-aduk.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


9.      Punca bagaimana masalah institusi keluarga terjadi adalah merupakan topik yang harus difahami dalam berbagai faktor yang merangkumi bukan sahaja faktor psykologi dan sosial, tetapi juga faktor biologi.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


10.  Bersandarkan kepada nilai komersil semasa dan segala bentuk pemikiran yang kretif, guru bahasa yang berwibawa dan bertanggung jawab harus berperanan sebagai ejen atau pengurus yang paling utama bagi memasarkan bahasa Melayu agar mendapat sambutan di kalangan pelajar.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Selasa, 27 Mac 2018

Mempertahankan Nilai BM sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa penting dalam kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Bahasa mampu menarik minat pelbagai golongan pengkaji dan pemikir bahasa, malah sesiapa sahaja walaupun bukan ahli bahasa. Ahli bahasa deskriptif hanya tertarik untuk mengkaji dan menghuraikan sistem linguistik bahasa, mengkaji peraturan tatabahasa dan sistem fonologi tetapi mereka kurang memberikan perhatian terhadap fungsi atau budaya dan nilai sosial bahasa itu.


Pakar sosiolinguistik pula mengkaji fungsi sosial bahasa. Fungsi sosial bahasa ini berkaitan dengan cara bahasa yang digunakan setiap hari dalam masyarakat dan cara manusia membentukkan makna berdasarkan konteks sosialnya. Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa dalam budaya yang diungkapkan sebagai `budi bahasa'. Orang yang dikatakan `tidak tahu bahasa' bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni  mereka tidak mengetahui adat berbahasa menurut konteks sosialnya.

Bahasa juga boleh dikaji dari segi psikologi. Ahli psikolinguistik atau dikenali juga ahli psikologi bahasa mengkaji proses yang berlaku dalam minda atau otak manusia apabila seseorang itu mengeluarkan sesuatu kata atau mengucapkan bahasa, dan memahami  sesuatu bahasa itu. Kajian ini tertumpu pada proses pemikiran yang berlaku apabila seseorang itu menggunakan bahasa. Antara persoalan yang cuba dipastikan adalah pengaruh bahasa terhadap pemikiran manusia dan pengaruh pemikiran manusia terhadap perkembangan bahasa.

Ahli antropologi budaya bahasa cuba mengkaji hubungan budaya antara bahasa dengan bangsa atau kumpulan etnik yang menggunakan bahasa. Oleh itu, mereka ingin mengetahui tahap bahasa yang menandakan jati diri atau identiti sesuatu bangsa yang menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa aslinya. Dari sini, timbul pula persoalan `nasionalisme bahasa' yang termasuk dalam kajian sains politik.

Persoalan yang dikaji pula ialah peranan bahasa sebagai alat politik. Misalnya, bahasa digunakan untuk membangkitkan kesedaran bahawa bahasa penting sebagai pembentuk kesatuan politik yang disebut `negara' atau negara bangsa'. Sering kali, `politik bahasa' ini menyebabkan sesebuah negara menggubal dasar bahasa atau membuat undang-undang yang mewajibkan warganegaranya menggunakan satu-satu bahasa yang dipilih sebagai bahasa rasmi negara itu. Dasar ini terdapat di kebanyakan negara, terutama di negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan pelbagai bahasa. Sebagai contoh ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, dan banyak negara lain lagi, termasuk Amerika Syarikat dan seluruh negara Eropah, Jepun, China, Korea, Australia dan New Zealand.

Salah satu nilai yang perlu ada pada bahasa Melayu ialah nilai sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Para pengkaji bahasa, sama ada ahli bahasa deskriptif, ahli sosiolinguistik, ahli psikolinguistik, ahli antropologi bahasa, ahli semiotik, mahupun ahli falsafah bahasa, walaupun mereka menggunakan kaedah kajian yang berlainan, semuanya bersepakat tentang bahasa. Menurut pengkaji, bahasa tidak mengira apa-apa bahasa pun  mempunyai keupayaan yang tidak terhad untuk mengungkapkan fikiran bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa utamanya. Seperti kata seorang pemikir psikologi atau kognitif bahasa, Steven Pinter (1994), yang mencipta bahasa ialah minda manusia. Jika fikiran bangsa atau manusia itu maju, maka akan majulah bahasanya.

Setiap orang akan berfikir tentang maksud yang hendak dinyatakan, perkataan yang digunakan ada dalam perbendaharaan kata, istilah baharu yang diciptakan, sama ada melalui proses peminjaman atau melalui cara lain, berdasarkan sistem linguistik bahasa. Begitulah cara bangsa Inggeris maju dalam bidang ilmu bukan kerana bahasa Inggeris itu dilahirkan sejak asal sebagai bahasa yang memang sudah maju dari segi sistem linguistiknya atau kehadiran peristilahan ilmunya. Hal ini demikian kerana bangsa mereka maju dalam bidang ilmu kerana dua faktor. Faktor pertama, dalam kalangan bangsa Inggeris wujud sekumpulan manusia yang kita sebut `ahli fikir' atau `ahli sains' seperti Roger Bacon dan Isaac Newton dalam abad ke-16 dan 17.

Mereka juga memiliki sasterawan terkenal seperti Shakespeare yang berfikir dan menulis dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa ibunda mereka. Faktor kedua pula, bahasa Inggeris yang asal, iaitu bahasa Anglo-Saxon, tidak mempunyai istilah sains untuk menyatakan konsep dan teori baharu. Oleh itu, para pemikir dan ahli sains Inggeris terpaksa meminjam istilah yang banyak daripada bahasa Latin dan bahasa Greek. Hari ini, tidak ada satu ayat bahasa Inggeris dalam bidang apa-apa pun yang tidak mengandungi istilah pinjaman. Demikianlah juga proses yang berlaku pada bahasa Melayu sejak abad ke-15, lebih-lebih lagi sejak abad ke-16 dan abad ke-17. Para pengarang, pemikir dan sasterawan berbahasa Melayu di rantau ini menghasilkan karya yang banyak dalam bidang kesusasteraan, ilmu teologi, ilmu metafizik dan tasawuf serta falsafah dalam bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sudah berkurun-kurun lamanya berfungsi sebagai alat penjana tamadun ilmu dan tamadun budaya tinggi di seluruh rantau ini. Jadi, kalau hari ini ada orang yang berkata bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjana tamadun tinggi, tidak mampu menjadi bahasa sains dan bahasa teknologi, rasa saya orang itu tidak membaca sejarah bahasa Melayu ini. Malah, orang ini sengaja menutup fikirannya terhadap kepentingan bahasa ini sebagai alat kemajuan bangsa berbahasa Melayu di rantau ini. Hari ini terbukti bahawa tradisi yang sudah terbina sejak berkurun lamanya itu dapat disambung semula setelah dasar negara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Beribu-ribu sarjana dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk antaranya beberapa pakar sains dan perubatan, daripada semua kaum terdidik melalui sistem kebangsaan ini.

Jika dasar ini dikekalkan dan diperkukuh, pasti nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan terus meningkat dan orang akan terus tertarik untuk mempelajari bahasa ini kerana nilainya. Yang penting ialah bangsa Melayu harus dikembangkan ilmunya, baru bahasa kita terus menjadi bahasa yang kreatif dan produktif. Maksudnya, kita harus terus berfikir bahawa bangsa kita juga akan maju dalam bahasa kita sendiri, seperti juga bangsa lain yang maju dalam bahasa sendiri. Hal inilah yang dimaksudkan dengan peranan bahasa sebagai alat pemikiran bangsa. Perkara ini tidak bererti bahawa kita tidak perlu mencari ilmu yang ada dalam bahasa-bahasa lain.Dengan usaha itu, tidak mustahil suatu ketika nanti, bahasa Melayu boleh menjadi sumber ilmu yang penting di rantau ini.

Dipetik dan diubah suai daripada: Rencana Dr Hassan Ahmad, Utusan Melayu, 16 Jun 2002.


Membina Tamadun dengan Bahasa Melayu


Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melambangkan jati diri bangsa dan alat untuk menyatupadukan bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Bahasa Melayu turut menjadi satu unsur budaya yang dikongsi untuk berkomunikasi oleh rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, selepas 59 tahun negara mencapai kemerdekaan, masih ada rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu. Keadaan ini amat membimbangkan kerana roh bahasa Melayu belum menyerap sepenuhnya dalam sanubari warga Malaysia. Tambahan pula, slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” kurang dihayati dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama golongan muda. Keadaan ini secara perlahan-lahan mampu mengikis keistimewaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malahan, keistimewaan bahasa Melayu seolah-olah hanya wujud di atas kertas sahaja.

Sejarah dan dasar sesebuah negara banyak mempengaruhi perkembangan bahasa. Sebagai akibat sejarah migrasi dan juga dasar yang direncanakan, terdapat beberapa negara yang menggunakan lebih daripada satu bahasa iaitu sama ada secara bilingual ataupun multilingual kerana menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, manakala bahasa Inggeris pula sebagai bahasa utama seperti yang berlaku di Singapura. Implikasi daripada penguasaan satu atau lebih bahasa mungkin berbeza-beza bergantung pada saiz dan kekuatan sesebuah negara.

Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) pula merupakan sebuah negara ekabahasa atau mengetahui atau boleh bertutur dalam satu bahasa sahaja, namun hal berkenaan bukanlah merupakan isu besar. Hal ini dikatakan demikian kerana sekalipun monolingual, AS merupakan antara negara terkaya dan terkuat di dunia. Pada masa yang sama, tidak dinafikan penguasaan bahasa Inggeris telah menjadi alat pertuturan yang berkembang ke seluruh dunia.

Setiap negara menggunakan bahasa sendiri dalam pembinaan tamadun. Bahasa ibunda sentiasa diutamakan berbanding bahasa lain dalam urusan seharian. Sebagai contoh, negara Perancis dan Jerman menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetapi tidak menggunakannya secara meluas melainkan semasa berinteraksi dengan pelancong dari luar atau dengan orang yang hanya tahu berbahasa Inggeris. Perlu diingatkan bahawa setiap negara maju seperti Jerman, Perancis, dan Itali memanfaatkan penggunaan bahasa ibunda dengan sebaik-baiknya sehingga muncul antara kuasa besar yang disegani.

Hakisan secara beransur-ansur terhadap penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi turut dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam filem dan lagu apabila isu bahasa menjadi perdebatan hangat di Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) baru ini. Filem Ola Bola dicalonkan bagi kategori “Filem Terbaik Bukan Bahasa Melayu” mengundang kekecohan sebilangan penggiat filem tempatan. Situasi ini tidak sepatutnya berlaku dalam usaha untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan ke arah membina bangsa Malaysia yang maju. Tidak seperti penggiat seni di China, mereka sentiasa mendaulatkan bahasa Mandarin dan budaya mereka dalam filem seperti Kung Fu Hustle, Shaolin Soccer dan sebagainya. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum, namun mereka giat berusaha untuk menonjolkan bahasa mereka pada mata dunia. Oleh hal yang demikian, masalah ini perlu ditangani dengan kemampuan semua pihak dalam usaha untuk mengintelektualkan masyarakat di samping mendaulatkan penggunaan bahasa rasmi di negara ini. Anjakan paradigma perlu dilakukan dengan lebih inovatif demi mengangkatkan nilai bahasa kebangsaan.

Di negara Itali, masyarakat di sana mengagungkan bahasa Itali dalam semua bidang sehinggakan pelancong luar yang ingin memasuki negara tersebut perlu belajar asas bahasa Itali kerana negara itu menggunakan satu bahasa sahaja. Bagi negara Jepun pula, teknologi yang direka cipta dalam banyak jenama ciptaan dinamakan dengan bahasa negara sendiri seperti Panasonic, National, Suzuki dan Kawasaki. Begitu juga dengan negara Korea yang setanding dengan negara antarabangsa lain dalam bidang teknologi telekomunikasi. Sebagai contoh, jenama Samsung sentiasa melakukan penambahbaikan pengeluaran telefon pintar seperti Iphone, Sony, HTC, LG, dan Blackberry.

Situasi lain turut berlaku apabila acara melibatkan majlis penganugerahan yang berlangsung di negara kita. Semasa Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19 yang lalu, sebilangan pemenang memberikan ucapan yang diselangi dengan perkataan Inggeris. Ucapan terima kasih yang lembut dan sopan ditukar dengan ucapan thank you. Perkataan ”terima kasih” turut kurang mendapat tempat dalam kalangan pengacara tertentu dan penggiat seni berbangsa Melayu. Oleh hal yang demikian, langkah pengayaan bahasa perlu dilakukan dari semasa ke semasa melalui penggunaan bahasa yang betul untuk menjaminkan pengukuhan bahasa itu sendiri dalam segenap aspek.

Dunia yang kian mencabar telah merobek jati diri serta penguasaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam kalangan masyarakat. Masyarakat terlalu mudah menyerap unsur luar seperti penggunaan bahasa atau budaya lain yang menyimpang daripada identiti negara. Menyedari hakikat tersebut, masyarakat tidak perlu mengagungkan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama pertuturan kerana penduduk di Jepun, Korea, Jerman dan Itali membuktikan bahawa mereka mampu mengembangkan teknologi masing-masing dengan mengutamakan bahasa ibunda.

Dipetik dan diubah suai daripada: Rencana Siti Nur Hidayah Othman Bakar, Pelita Bahasa, Oktober 2016.

Selasa, 13 Mac 2018

"Belakangan" atau "Kebelakangan"?

Penggunaan imbuhan ialah kaedah yang sangat produktif dalam penerbitan golongan kata baharu, khususnya golongan kata nama dan kata kerja. Dalam penerbitan kata nama, imbuhan akhiran +an dan apitan ke+_+an adalah antara yang sangat produktif. Antara kata nama yang lumrah penggunaannya yang dijana melalui proses morfologi ini  adalah “belakangan” dan “kebelakangan”. Lazimnya juga, dua kata nama ini digunakan secara bertukar ganti, menunjukkan kesalahfahaman umum bahawa kedua-duanya sama dari segi subkategori dan fungsi.

Pengguna umumnya menggunakan kata “belakangan” dan “kebelakangan” untuk maksud masa lalu. Yang menjadi persoalan ialah adakah benar anggapan bahawa kedua-duanya sama dan boleh digunakan bertukar ganti?

Dilihat pada binaannya sahaja dapat diagak bahawa kedua-duanya tidak sama dan tidak boleh ditukar ganti penggunaannya. Hal ini samalah dengan penggunaan pasangan perkataan lain yang sepadan dengannya seperti “masukan” dan “kemasukan”; “jatuhan” dan “kejatuhan”; “bersamaan” dan “kebersamaan” yang tidak boleh ditukar ganti.

Soalan seterusnya yang patut ditanyakan adalah tentang bentuk yang gramatis untuk maksud masa lalu –  “belakangan” atau “kebelakangan”?

Untuk meleraikan persoalan ini, terlebih dahulu perlu dipastikan kewujudan perkataan berkenaan (“belakangan” dan “kebelakangan”). Hal ini dapat dilakukan dengan menganalisis proses penerbitannya.

Imbuhan +an dapat menerbitkan kata nama daripada kata kerja (KK), kata nama (KN) dan juga kata arah.

Jadual (a): Contoh kata nama berimbuhan +an yang diterbitkan daripada KK, KN dan kata arah
Diterbitkan daripada KK
Diterbitkan daripada KN
Diterbitkan daripada kata arah
bacaan  (baca+an)
cerminan   (cermin+an)
atasan      (atas+an)
catatan (catat+an)
bayangan  (bayang+an)
bawahan (bawah+an)
kiraan   (kira+an)
rambutan  (rambut+an)
luaran      (luar+an)
ukuran (ukur+an)
durian        (duri+an)
dalaman  (dalam+an)

Untuk memastikan sama ada kata “belakang” dapat menerima imbuhan +an, perlu dipastikan dahulu kategori perkataan tersebut. “Belakang” dapat dimasukkan dalam dua kategori perkataan iaitu KN dan juga kata arah. Contoh “belakang” yang merupakan KN ialah “belakang unta” (bahagian tubuh), “belakang Ahmad” (bahagian tubuh) dan “belakang kereta” (ruang isi barang). Contoh “belakang” yang merupakan kata arah ialah “belakang rumah”, “belakang pokok” dan “belakang kebun”.

Oleh sebab KN berimbuhan +an dapat diterbitkan daripada kedua-dua kategori kata ini (KN dan kata arah), kata nama terbitan “belakangan” wujud dalam dua bentuk, iaitu;
(1)  “belakangan” yang diterbitkan daripada “belakang” sebagai KN,
(2)  “belakangan” yang diterbitkan “belakang” sebagai kata arah.

Seterusnya adalah tentang imbuhan ke+_+an. Imbuhan tersebut dapat menerbitkan kata nama daripada KK, KN dan kata adjektif (KA).

Jadual (b): Contoh kata nama berimbuhan ke+_+an yang diterbitkan daripada KK, KN dan KA
Diterbitkan daripada KK
Diterbitkan daripada KN
Diterbitkan daripada KA
kebersamaan (ke+bersama+an)
kedaerahan (ke+daerah+an)
kesantunan     (ke+santun+an)
kenaikan     (ke+naik+an)
kemelayuan (ke+melayu+an)
keayuan          (ke+ayu+an)
kejatuhan  (ke+jatuh+an)
keanak-anakan (ke+anak-anak+an)
kehijauan     (ke+hijau+an)
kelihatan   (ke+lihat+an)
keembunan       (ke+embun+an)
keikhlasan  (ke+ikhlas+an)
kemasukan (ke+masuk+an)
Kenyamukan (ke+nyamuk+an)
kedalaman (ke+dalam+an)

Oleh sebab “belakang” termasuk dalam kategori KN, kata “kebelakangan” dapat diterbitkan daripadanya. Dengan kata lain, “kebelakangan” yang diterbitkan daripada “belakang” sebagai KN memang wujud. Walau bagaimanapun, imbuhan ke+_+an tidak dapat menerbitkan KN daripada “belakang” sebagai kata arah. Oleh itu, “kebelakangan” yang diterbitkan daripada “belakang” sebagai kata arah tidak wujud. Hal ini samalah dengan tidak wujudnya KN berimbuhan ke+_+an yang diterbitkan daripada kata arah yang lain. Contoh perkataan berimbuhan ke+_+an yang tidak gramatis (kerana diterbitkan daripada kata arah) ialah “keatasan” (ke+atas+an), “kebawahan” (ke+bawah+an), “ketepian” (ke+tepi+an), “keluaran” (ke+luar+an) dan “kedalaman” (ke+dalam+an).

Perlu dijelaskan bahawa kata “keluaran” dan “kedalaman” wujud tetapi proses penjanaannya adalah berbeza. “Keluaran” diterbitkan melalui proses pengimbuhan +an pada KK “keluar” (“keluar+an” bukan “ke+luar+an”) manakala “kedalaman” diterbitkan daripada “dalam” sebagai kata adjektif (bukan dalam sebagai kata arah).

Berdasarkan analisis morfologi ini, dapat diandaikan kewujudan KN “belakangan” dan “kebelakangan”. Kata “belakangan” mempunyai dua jenis iaitu yang diterbitkan daripada “belakang” sebagai KN dan yang diterbitkan daripada “belakang” sebagai kata arah. “Kebelakangan” pula ada sejenis sahaja iaitu yang diterbitkan daripada “belakang” sebagai KN.

Langkah seterusnya ialah menganalisis penggunaan kata “belakangan” dan “kebelakangan” dalam binaan ayat. Hal ini dapat dilakukan dengan meninjau aspek semantik iaitu maksud yang didokong oleh perkataan berkenaan.

Imbuhan +an pada perkataan yang diterbitkan daripada KN mempunyai dua fungsi dari segi semantik, iaitu;

(3)  mendokong maksud yang abstrak daripada maksud kata asalnya,
(4)  mendokong maksud yang berbeza daripada maksud kata asalnya.

“Cerminan” dan “bayangan” mempunyai maksud yang abstrak manakala perkataan asalnya iaitu “cermin” dan “bayang” mempunyai maksud yang konkrit. Perbezaan ini dapat dilihat daripada ayat (5-8) yang berikut:


Maksud konkrit

Maksud abstrak
(5)
Dia berdiri di hadapan cermin untuk mengemaskan pakaiannya.
(7)
Pemuda hari ini adalah cerminannegara pada masa hadapan.
(6)
Bayang terhasil apabila objek legap menghalang cahaya daripada menembusinya.
(8)
Bayangan kejayaannya telah dapat dilihat sejak beliau di bangku sekolah lagi.

“Rambutan” dan “durian” pula mempunyai maksud yang lain daripada perkataan asalnya (“rambut” dan “duri”) tetapi kedua-duanya mempunyai maksud yang konkrit (bukan abstrak). Hal ini dapat dilihat daripada ayat (9-12) yang berikut:


Maksud konkrit (benda)

Maksud konkrit (buah)
(9)
Rambut ialah mahkota bagi wanita.
(11)
Rambutan adalah antara buah tempatan.
(10)
Duri ialah objek keras pendek yang tajam hujungnya.
(12)
Durian ialah raja buah-buahan.

Dari aspek perubahan semantik ini, “belakangan” tidak dapat diandaikan sebagai perkataan yang diterbitkan daripada KN.  Hal ini demikian kerana perkataan itu tidak dapat mendokong salah satu atau kedua-dua maksud yang telah dinyatakan. Dengan alasan ini dapatlah dikatakan bahawa, dari aspek semantik, tidak wujud perkataan “belakangan” yang diterbitkan daripada “belakang” sebagai KN.

Seterusnya, penggunaan “belakangan” yang diterbitkan daripada “belakang” sebagai kata arah perlu diandaikan sama dengan penggunaan perkataan yang diterbitkan dengan cara yang sama. Contohnya ialah “atasan” dan “bawahan”. Penggunaan dua kata nama ini sangat terhad iaitu sebagai penerang dalam pembentukan frasa nama. Contohnya ialah iaitu orang/pihak atasan dan orang/pihak bawahan. 

Oleh itu, jika “belakangan” hendak digunakan selari dengan kaedah penggunaan ini, antara bentuk yang dapat diandaikan ialah “orang belakangan”.

Siapakah “orang belakangan” ini? Yang sering disebut ialah “Di belakang kejayaan seorang lelaki (suami) ialah seorang wanita (isteri)”.  Oleh itu, frasa “orang belakangan” ini dapatlah diertikan sebagai pendorong, pendokong atau penyokong. Dicadangkan penggunaannya dalam ayat adalah seperti (13) yang berikut:

(13)  Puan Sarah ialah orang belakangan kejayaan perniagaan suaminya.

Seterusnya, KN yang diterbitkan melalui proses pengimbuhan ke+_+an pada KN sebagai kata dasarnya mempuyai dua maksud. Yang pertama mendokong maksud mempunyai sifat atau ciri yang sama atau hampir sama dengan kata asalnya. Contohnya ialah “kedaerahan”, “kemelayuan” dan “keanak-anakan” dalam ayat (14-16) yang berikut:

(14)  Kita janganlah bersikap kedaerahan.
(15)  Sifat kemelayuan Mat Dan lebih terserlah daripada orang Melayu sendiri.
(16)  Anak bongsu biasanya bersifat keanak-anakan.

Yang kedua ialah KN yang mempunyai maksud pasif. Hal ini dapat dilihat daripada perkataan “keembunan”, “ketulangan” dan “kenyamukan” seperti dalam ayat (17-19) yang berikut:

(17)  Mereka keembunan kerana terpaksa pulang lewat dinihari.
(18)  Budak kecil itu ketulangan kerana makan terlalu gelojoh.
(19)  Peserta-peserta program perkhemahan itu kenyamukan.

Ayat-ayat ini mempunyai pengertian pasif seperti yang terlihat dalam ayat berpola FN+FK (20-22) yang menjadi padanannya.

(20)  Mereka terkena embun kerana terpaksa pulang pada lewat dinihari.
(21)  Budak kecil itu tercekik tulang kerana makan terlalu gelojoh.
(22)  Peserta-peserta program perkhemahan itu digigit nyamuk.

Frasa kerja “terkena embun” (20), “tercekik tulang” (21) dan “digigit nyamuk” (22) ialah padanan pasif bagi “keembunan” (17), “ketulangan” (18) dan “kenyamukan” (19).
Berdasarkan huraian ini, dapatlah diandaikan bahawa “kebelakangan” dapat digunakan untuk maksud pasif seperti dalam ayat (23) yang berikut:

(23)  Kita akan kebelakangan jika tidak merancang masa hadapan.

Yang dapat dipadankan dengan ayat pasif berpola FN+FK (24) yang berikut:
(24)  Kita akan tertinggal jika tidak merancang masa hadapan.

Setelah memahami proses morfologi yang mewujudkan kata “belakangan” dan “kebelakangan” serta aspek semantiknya, bolehlah kita meninjau bentuknya yang gramatis dalam binaan ayat yang menunjukkan maksud masa lalu.

Jika masa lalu dapat diandaikan sebagai arah yang bersifat abstrak (dibandingkan dengan arah lokasi yang bersifat konkrit), bentuk yang gramatis ialah “belakangan”, bukan “kebelakangan”. Hal ini demikian kerana daripada kedua-dua bentuk itu, hanya “belakangan” yang dapat diterbitkan daripada “belakang” sebagai kata arah. Oleh itu, dapat diandaikan bahawa penggunaan “belakangan” untuk menunjukkan masa lalu adalah gramatis manakala penggunaan “kebelakangan” adalah sebaliknya.

Soalan seterusnya ialah sama ada “belakangan” digunakan tanpa kata sendi nama atau ia boleh digandingkan dengan kata sendi nama “sejak” dan “ke” seperti kelaziman?

Untuk menjawab soalan ini, perlu dilihat cara penggunaan dua kata sendi tersebut. “Sejak” ialah kata sendi nama untuk menunjukkan masa. Oleh sebab kata “belakangan” memang menunjukkan masa, “sejak” dapat dimasukkan sebelum kata “belakangan”.

(25) Pencapaian akademiknya meningkat sejak belakangan ini.

Hal ini samalah dengan gramatisnya penyisipan kata “sejak” sebelum frasa “minggu lalu” dalam ayat (26) yang berikut.

(26) Pencapaian akademiknya meningkat sejak semester lalu.

Seterusnya, kata sendi “ke” juga dapat digunakan untuk menunjukkan masa. Contohnya ialah penggunaan “ke” sebelum frasa “abad ke-16” dalam ayat (27) yang berikut:

(27) Filem fiksyen sejarah itu membawa penonton ke abad ke-16 iaitu semasa Portugis menyerang  Melaka.

Oleh itu, frasa “ke belakangan” dalam ayat (28) yang berikut juga dapat dianggap gramatis.

(28) Pencapaian akademiknya meningkat ke belakangan ini.

Bagaimana pula penggunaan “belakangan” tanpa kata sendi nama? Dalam sesetengah kes, penggunaan kata sendi nama untuk menunjukkan masa bersifat pilihan (tidak wajib). Oleh itu, ayat 

(29) yang berikut juga dapat dianggap gramatis.
(29) Pencapaian akademiknya meningkat belakangan ini.

Hal ini samalah dengan gramatisnya dua ayat (30-31) yang berikut:

(30) Kuliah mereka bermula sejak minggu lalu.
(31) Kuliah mereka bermula minggu lalu.

Berdasarkan huraian dari aspek morfologi (binaan perkataan), semantik (makna) dan sintaksis (binaan ayat) ini, dapat diandaikan dengan berpada bahawa penggunaan kata “kebelakangan” dan frasa “sejak kebelakangan” untuk menunjukkan masa adalah tidak gramatis. Bentuk yang gramatis ialah “sejak belakangan”, “ke belakangan” dan “belakangan”.