Penglibatan dengan pelajar-pelajar dan guru-guru
Bahasa Inggeris di sebuah universiti antarabangsa pada masa ini mengukuhkan
lagi pandangan saya bahawa penggunaan berterusan bahasa itu – mana-mana bahasa,
adalah penting untuk mengukuhkan kefasihan seseorang. Pengukuhan berterusan
menerusi pembacaan dan pendengaran, pengucapan dan penulisan ialah kunci untuk
meningkatkan tahap kefasihan seseorang. Malah, pada peringkat tertinggi
kompetensi, penggunaan berterusan bahasa tersebut akan meningkatkan sumber
komunikasi seseorang menerusi kekayaan perbendaharaan kata dan kemahiran
mengemukakan pendapat dan wacana.
Apabila ditanya bagaimana tugas menulis dan bertutur dapat diuruskan dengan cara paling baik, jawapan lumrah yang selalu saya berikan ialah “persediaan dan latihan”. Kenyataan tiada yang dapat diperoleh dengan mudah ialah pengajaran yang saya peroleh setelah bertahun-tahun sebagai pelajar dan guru Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah, dan sekarang sebagai penulis dan penceramah di majlis-majlis wacana pada tahap yang lebih formal. Ya – tiada tugas yang terlalu biasa sehingga tidak memerlukan perhatian yang paling rapi pada perinciannya, dan dalam hal ini, latihan kendiri dan berterusan akan meningkatkan tahap kemahiran bahasa dan komunikasi seseorang.
Bagi pelajar-pelajar di dalam bilik darjah, penggunaan latih tubi masih merupakan cara terbaik untuk mempertajam kemahiran mendengar dan bertutur, latihan berterusan memadankan gandingan frasa, ayat dan perenggan ialah cara terbaik untuk mengukuhkan kemahiran bahasa mereka. Dalam hal ini, tiada tolak ansur. Bahawa wujud hubungan wajib antara bahasa dengan komunikasi ialah hakikat. Hubungan ini, walau bagaimanapun, adalah sangat penting untuk pembangunan masyarakat sehingga kebenarannya perlu diulang-ulang dan diperkukuh dalam setiap aspek kehidupan kita.
Bahasa adalah di pusat saraf komunikasi manusia. Tanpa kompetensi asas bahasa, kita adalah harimau tidak bertaring. Dengan penggunaan bahasa yang fasih dan cekap, kita adalah harimau gagah yang mampu melompat jauh ke hadapan. Peranan bahasa untuk komunikasi yang berkesan telah lama disedari oleh ahli-ahli dan pendidik bahasa.