Jawapan Latihan 1
1.
Perkara/Hal yang
membimbangkan rakyat Malaysia kini ialah isu pembuangan bayi yang semakin
berleluasa. Remaja kini/zaman ini semakin berani dan tidak menghiraukan soal
agama sama ada perbuatan tersebut baik atau tidak baik.
2.
Bahasa Melayu
ialah/merupakan bahasa yang mudah difahami. Pekerja asing terutama pekerja dari
Bangladesh amat mudah berbahasa Melayu
apabila mereka sudah lama tinggal/menetap di Malaysia. Hal inilah antara faktor
yang menyebabkan mereka menguasai bahasa Melayu dengan cepat.
3.
Kemudahan asrama
memberikan kesan positif yang banyak kepada pelajar yang akan menduduki
peperiksaan utama kerana mereka yang tinggal di asrama dapat mengulang kaji
pelajaran di bawah pengawasan / bimbingan guru.
4.
Jaguh badminton
dari negara China, Lin Dan bersedia mendominasi saingan Siri Super Terbuka
Singapura pada minggu ini bagi mengintai peluang untuk memenangi kejuaraan yang
belum pernah dimenanginya.
5.
Sebagai isteri, dia perlulah
lebih banyak memahami kerjaya suaminya sebagai chef yang banyak menghabiskan
masa di tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan chef mempunyai masa yang terhad bersama
keluarga.
6.
Kesedaran mengamalkan
pemakanan yang sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan. Kebanyakan
individu hanya mula menjaga atau mengubahkan tabiat pemakanan apabila mereka telah mula mengidap
penyakit walaupun ramai mengetahui bahawa mencegah ialah ubat / tindakan yang
paling baik.
7.
Untuk mempertahankan
kemerdekaan negara, semua kaum perlulah saling memahami dan menghormati antara
satu sama lain untuk mengelakkan berlakunya salah faham. Selain itu,
perkara yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warganegara
Malaysia ialah mereka harus berusaha bersama-sama demi kemajuan negara agar
setanding dengan negara-negara maju yang lain.
8.
Kita seharusnya menghormati
golongan warga emas kerana golongan ini yang terlebih dahulu melalui segala
permasalahan / kesulitan daripada kita
dan mereka mempunyai pelbagai pengalaman suka dan duka. Kita haruslah mengambil
contoh daripada perjalanan hidup mereka pada masa lampau sebagai panduan dalam
kehidupan kini.
9.
Perkara yang disenaraikan yang
berikut ialah hak-hak kepenggunaan dengan
mewujudkan pembangunan yang berorientasikan keperluan asas manusia. Ekoran
itu, para pengguna hendaklah merujuk senarai tersebut dalam usaha mempraktikkan
tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
10. Bidang hiburan kini telah banyak mengakibatkan gejala berlaku di negara ini
seperti masalah sosial remaja, rompakan dan samun dan jenayah-jenayah yang lain
lagi. Hal ini demikian kerana media banyak membawa masuk pelbagai unsur hiburan
dari luar negara. Para penganjur juga tidak menghiraukan keburukan / kesan yang akan berlaku kerana mereka hanya
mementingkan keuntungan semata-mata.
Jawapan Latihan 2
1. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat
merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan
peranan yang amat penting dalam usaha menjadikan kehidupan setempat bertambah
aman dan harmoni.
2. Masalah sosial seperti perlakuan sumbang, penderaan
kanak-kanak dan kes-kes jenayah yang lain
dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif
melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
3. Antara punca yang menyebabkan masalah lumba haram semakin
berleluasa adalah kerana sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan
kerjaya dan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak.
4. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan
yang penting. Oleh sebab anak-anak berasa tertekan di rumah, mereka akan lebih
banyak bergaul dengan rakan-rakan di luar rumah dan hal ini akan menyebabkan
mereka lebih banyak mempercayai rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka
sendiri.
5. Menyedari kepentingan sains dan teknologi pada masa ini,
pihak kerajaan telah memberikan pelbagai sokongan dan galakan supaya bidang
sains diminati dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat, terutama golongan
remaja. Pelbagai penyelidikan bagi merangkakan dan menghasilkan teknologi
baharu boleh dilakukan melalui kemahiran sains yang dimiliki oleh golongan
remaja, khususnya pelajar.
6. Pihak berwajib perlu membantu dan memperbanyak pasukan
petugas bagi mengawal pencemaran kawasan ikan air tawar, memperketat
undang-undang dan meningkatkan denda kepada pihak yang melakukan pencemaran
dengan sewenang-wenangnya.
7. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dikatakan
berpunca pada tekanan yang dihadapi oleh para pelajar semasa di sekolah. Sikap
guru yang gemar menghukum pelajar atau memberikan kerja sekolah yang banyak
tambah membebankan mereka. Pengajaran guru yang membosankan turut menambahkan
lagi tekanan dan hal ini mendorong pelajar melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan peraturan sekolah.
8. Sikap nafsi-nafsi atau individualistik ini lebih ketara
dalam kalangan masyarakat di bandar jika dibandingkan dengan masyarakat di
desa. Sikap keakuan yang diamalkan oleh masyarakat kini berlandaskan /
bergantung pada faktor atau kehendak semasa.
9. Keruntuhan moral
dalam kalangan remaja berlaku oleh sebab kecuaian para ibu bapa dalam usaha
mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa zaman sekarang lebih banyak memfokuskan
pencarian harta kekayaan semata-mata daripada menumpukan perhatian kepada
anak-anak. Didikan agama semakin terabai,
sebaliknya para ibu bapa lebih berbangga sekiranya anak-anak mereka
mahir dalam bidang muzik ataupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan.
10. Sikap majikan yang terlalu mementingkan keuntungan tanpa
mengambil kira kebajikan pekerja merupakan faktor utama berlakunya kemalangan
di tempat kerja. Kebanyakan majikan mengingini sesuatu projek itu dapat segera
disiapkan tanpa mempedulikan keselamatan peralatan yang digunakan oleh pekerja
mereka.
Jawapan Latihan 3
1.
Banyak faktor yang
mempengaruhi remaja menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan
seharian. Faktor emosi, cara didikan keluarga dan suasana persekitaran juga
menjadi penentu bermulanya perlakuan ini. Selain itu, pengaruh rakan sebaya
juga menjadi penyumbang terhadap masalah ini.
2.
Timbalan Perdana Menteri
menjelaskan bahawa sikap buruk sesetengah rakyat yang tidak sayang akan negara
ini terbukti apabila mereka lebih banyak memperkatakan keburukan pemimpin
Malaysia daripada membincangkan hal pembangunan dan kemakmuran negara pada masa
ini.
3.
Penggunaan bahasa Mandarin
(Cina) dalam dunia teknologi maklumat kini semakin meluas apabila terdapat
semakin ramai orang yang menggunakan bahasa ini untuk melayari internet selain
penggunaan bahasa Inggeris.
4.
Sejak kebelakangan ini,
masalah sosial sering terjadi seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar
tempatan setiap hari. Antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut
adalah seperti pengaruh rakan sebaya dan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab
dalam menjalankan / memainkan peranannya.
5.
Pihak Berkuasa Tempatan memang
bertanggungjawab menyediakan kemudahan awam yang banyak tetapi tanggungjawab
menjaga harta awam tersebut terletak kepada semua pihak dan orang ramai perlu
diberikan kesedaran akan tanggungjawab ini.
6.
Antara faktor yang menyebabkan
perkara ini berlaku adalah kerana sistem pendidikan yang banyak menekankan
aspek peperiksaan dan hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila pelajar hanya
belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
7.
Pada zaman ini, adalah sangat
sukar kepada seseorang untuk merahsiakan sesuatu maklumat. Perkara yang diklasifikasikan
sulit dan rahsia boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali tersebar ke
seluruh pelosok dunia, hanya dalam ( dengan ) sekelip mata / dalam ( dengan )
sekelip mata sahaja.
8.
Wawasan dan perancangan
pembangunan yang tepat dan teratur akan menyebabkan kejayaan pesat dalam
ekonomi negara dengan adanya kepemimpinan yang baik dan juga rakyat yang sering
memberikan kerjasama.\
9.
Orang sering mempersoalkan
persoalan sama ada kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Namun, ia terpulang kepada individu itu
sendiri untuk membuat penilaian yang menjadi pegangannya. Walau bagaimanapun,
jika makan yang menjadi pilihannya, sudah pasti individu tersebut ada pandangan
dan perspektifnya sendiri dalam mendefinisikan makna sedap atau tidak pada
sesuatu jenis makanan itu.
10.
Anak yang aktif dan bijak ialah
impian semua ibu bapa. Melihat anak-anak
membesar secara sihat merupakan kepuasan yang tidak ternilai. Bagi
merealisasikannya, perkara utama dan paling penting dilakukan ialah memastikan
anak anda mendapat makanan yang berkhasiat. Hidangan yang sihat merupakan antara elemen penting dalam usaha membantu
perkembangan otak anak anda.
Jawapan Latihan 4
1.
Selain tanah runtuh yang
mengakibatkan kemusnahan sistem saliran semula jadi, masalah lain yang turut
kita bimbangi ialah masalah banjir kilat.
2.
Oleh sebab pemikiran kita
masih lagi dijajah maka kita beranggapan apa-apa sahaja yang datang dari Barat
itulah yang terbaik. Pandangan ini bertambah kukuh apabila rempuhan gelombang
globalisasi menerjah pemikiran kita, tidak kira generasi tua mahupun generasi muda.
3.
Pemimpin sekolah merupakan
individu yang bijak mentafsirkan dan
memahami tugasan yang diberi, cemerlang dan komited terhadap kerjaya di samping
berupaya meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat menterjemahkan dasar pendidikan
negara dalam tugasan harian. Hal ini diyakini mampu memberikan didikan terbaik
kepada murid.
4.
Penguasaan ilmu dan kemahiran
dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu / satu
daripada aspek kemahiran guru pada abad ke-21. Kemampuan pihak guru
mengintegrasikan kurikulum dalam proses pembelajaran merupakan satu nilai
tambah untuk dilaksanakan dan mampu membuka minda pelajar untuk mereka berfikir
di luar kotak seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.
Walau bagaimanapun, kerajaan
juga tidak harus terlepas pandang daripada menjadikan negara kita ini sebagai
negara pengeluar barangan makanan, tidak kiralah sama ada ia berasaskan
pertanian atau pembuatan dalam skala yang besar dan hal ini sekali gus dapat mencari penyelesaian
terhadap kekurangan bekalan makanan di dalam negara dan sikap kebergantungan
pada barangan makanan yang diimport.
6.
Bagi mengekalkan kecergasan
dan kesihatan diri pada bulan puasa, anda harus mengelakkan minum minuman yang
mempunyai kafein dan air berkarbonat kerana minuman ini boleh mengakibatkan
anda cepat berasa dahaga dan lebih kerap membuang air.
7.
Nilai-nilai murni seolah-olah
terhakis dalam diri setiap anggota masyarakat dan hal ini berlaku sebagai
akibat penggunaan bahasa yang semakin tercemar / tergugat oleh sebab masuknya
pengaruh budaya luar yang negatif.
8.
Apabila melihat ketelitian dan
cara bekerja seseorang chef, pasti ramai yang tertanya-tanya perkara yang
membezakan seseorang chef dengan chef yang lain. Hal ini demikian kerana sudah
terlalu banyak program televisyen termasuklah program realiti yang berkaitan
dengan kehebatan golongan ini yang digelar sebagai antara chef terbaik dunia.
9.
Perut buncit lazimnya berlaku
sebagai akibat makan terlalu banyak serta pengumpulan toksin yang berlebihan di
dalam tubuh. Toksin terdapat dalam setiap makanan yang anda makan dan produk
yang anda gunakan. Bahan beracun yang banyak berkumpul pada setiap hari akan
membebani tubuh sehingga menjejaskan keupayaannya bagi memproseskan dan
mengumuhkan toksin dengan sempurna.
10.
Kini peluang pekerjaan
memanglah ada tetapi jumlahnya amat terhad berbanding jumlah permintaan ribuan
siswazah yang ada dalam pasaran tenaga kerja. Senario inilah yang dihadapi oleh
para siswazah kini sehingga menyebabkan golongan ini terguris hati apabila
digelar sebagai penganggur terhormat.